• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Laos Menamatkan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Perdana Menteri Laos Dr Thongloun Sisoulith berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong yang merupakan menteri pengiring berada di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau.

Semasa lawatan ke negara ini, Perdana menteri Laos itu turun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Sebelum itu, Dr Thongloun juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat perdana menteri, diikuti dengan mesyuarat delegasi, selepas diberikan sambutan selamat datang.

Lawatan Dr Thongloun dimulakan dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan jawatankuasa bersama berhubung kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menentukan bidang, rancangan, kerjasama, koordinasi yang menjadi keutamaan dan memantau kerjasama dua hala dalam bidang sains dan teknologi dan juga cadangan kerjasama yang lain.

Perdana menteri Laos itu juga menyampaikan ucapan pada Forum Perniagaan Malaysia-Laos di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Lawatan atas jemputan Najib itu, merupakan kunjungan kali pertama Dr Thongloun ke Malaysia selepas beliau memegang jawatan itu pada April 2016. – BERNAMA

Tags: Laos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

12/06/2025
0

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah ganja. Pemangku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd