• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Kaamatan: 13 Harga Barangan Terkawal

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 13 jenis harga barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2017.

Penetapan harga barangan terkawal tersebut diumumkan oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini hari ini, dengan tempoh kuat kuasa selama tujuh hari dari 25 Mei hingga 31 Mei bagi Pesta Kaamatan dan 27 Mei hingga 2 Jun bagi Hari Gawai.

Katanya barangan kawalan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, kepak ayam, telur ayam gred A, B dan gred C, daging kerbau import (India), bawang merah kecil (India), bawang putih (China), daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) dan babi hidup.

Hamzah berkata undang-undang mewajibkan peniaga menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan harga yang ditetapkan. Individu boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala pertubuhan/syarikat, denda maksimum tidak melebihi RM500,000 atau boleh dikompaun sehingga RM250,000.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda RM10,000 atau dikenakan kompaun RM5,000 manakala bagi syarikat boleh didenda RM20,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM10,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKKPesta Kaamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd