Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Keluarkan Deposit, Mungkin 70...

KUALA LUMPUR - Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama...

Bhandari Dipilih Sebagai Presiden...

KATHMANDU - Naib Pengerusi Parti Komunis Unified Marxis-Lenin (CPN-UML Nepal), Bidhya Devi Bhandari...

Bantah P.Pinang Pinjam RM1...

PULAU PINANG - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan...

AS Sekat Produk Sawit...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan...

Peruntukan RM7 Bilion Untuk Elaun Sara Hidup Nelayan

BUKIT GANTANG – Kerajaan membayar elaun sara hidup nelayan kepada 7,846 penerima di Perak sejak Jun 2008 hingga April tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM7.2 bilion.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak Zarina Abd Latiff berkata pemberian elauan tersebut berjumlah antara RM250 dan RM300 sebulan dibuat bagi meringankan beban golongan nelayan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Katanya pemberian elauan itu diberikan kepada nelayan yang bekerja di atas bot yang berlesen dan didaftarkan melalui Jabatan Perikanan.

“Nelayan Zon B, C dan C2 akan menerima RM250 setiap seorang dan nelayan Zon A akan menerima RM300 setiap seorang.

“Dengan adanya elaun ini dapat membantu golongan nelayan mengukuhkan kedudukan ekonomi di samping merupakan insentif kepada sektor industi perikanan supaya kekal berdaya maju,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di kawasan Matang di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 1,115 nelayan daripada 1,218 orang menerima elaun membabitkan peruntukan berjumlah RM337,200 daripada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak Datuk Dr Zabry Abd Wahid.


Sementara itu Zarina memuji usaha Persatuan Nelayan Matang membuka sebuah restoran nelayan bagi meningkatkan ekonomi persatuan di Jalan Manggala, Matang, 6 Mei lalu yang beroperasi dari 7.30 pagi hingga 11.30 malam.

Sementara itu Zabry dalam ucapannya meminta nelayan menggunakan wang elaun tersebut bagi keperluan keluarga mereka terutama menjelang bulan Ramadan ini.

“Elaun ini akan membolehkan nelayan membuat persiapan untuk menyambut Ramadan di samping dapat mengurangkan beban kehidupan,” katanya. – BERNAMA

Kategori