• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permata Pintar Buka Peluang Kepada Pelajar Malaysia

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Khoo Jia Hui, pelajar kumpulan perintis program Permata Pintar, yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang biokimia, menyifatkan program itu sebagai mencabar.

Bercakap kepada media Malaysia pada Ahad, Khoo berkata dia mula menyertai program itu ketika berusia 15 tahun pada 2011 dan selepas menjalani pelbagai peringkat ujian sikap, termasuk kem musim panas dan membentangkan projek sains, program berkenaan didapati membuka peluang baharu kepada dirinya.

Pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Pin Melaka itu berkata “banyak komitmen yang perlu diberi dalam mengikuti program ini dan seseorang itu perlu memiliki kecintaan mendalam terhadap apa yang dilakukannya.”

Sebagai seorang daripada 15 pelajar yang dipilih daripada kira-kira 100 pelajar Permata Pintar lain untuk mengikuti satu program khas di luar negara, Khoo menyifatkannya sebagai suatu peluang yang sangat istimewa.

Semasa berusia 17 tahun, dia dihantar mengikuti pengajian dalam bidang mikrobiologi di Wisconsin-Madison University, Amerika Syarikat dan selepas memperoleh ijazah, Khoo memohon untuk mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah di Oxford University dekat sini.

Khoo berkata sebagai anak tunggal, program Permata Pintar membantunya untuk keluar daripada zon selesa dan meneroka padang kehidupan baharu.

Pelajar ini, yang diberi peluang mewakili pelajar Permata Pintar lain untuk berucap pada majlis makan tengah hari bersama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Permata, di sini pada Ahad, berkata walaupun kursus itu sungguh mencabar, tetapi ia juga sesuatu yang menyeronokkan.

“Pelajar dibenar memberi fokus terhadap bidang yang mereka minati dan sumber disediakan bagi membolehkan mereka mengikutinya ,” kata Khoo.

Sementara itu, Nur Syazana Natasha Hisham, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Nanoteknologi di University College of London pula, berharap dia akan dapat melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah, dengan pengkhususan dalam bidang grafen, di University pada September tahun ini.

Berasal dari Kuala Lumpur, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Langkawi itu berkata Permata Pintar yang menghimpunkan pelajar dengan kemampuan dan keupayaan sama taraf atau lebih tinggi, mewujudkan persaingan secara sihat untuk mereka mencapai kejayaan cemerlang di peringkat lebih tinggi.

Program itu juga menawarkan subjek yang tidak terdapat di sekolah biasa dan ini memerlukan pelajar berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai keputusan cemerlang dan luar biasa.

Nur Syazana Natasha yang mengambil jurusan Kimia bagi pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di University California-Davis, berkata dia ingin pulang ke tanah air untuk menjadi tenaga akademik setelah menamatkan pengajian kelak.

Bagi Mohamad Danial Mohd Firdaus dari Lundu, Sarawak, pula, program Permata Pintar memberinya peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Cardiff University.

Katanya, pelajar perlu merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran di bawah program Permata Pintar kerana ia menawarkan platform berkesan kepada mereka untuk pergi lebih jauh.

Selain menolak dakwaan bahawa program itu hanya terbuka kepada kumpulan terpilih, pelajar berkenaan berkata ia sebenarnya dibuka kepada pelajar daripada semua latar belakang kehidupan.

Danial Mohd Firdaus, yang merupakan pelajar kumpulan 2013 – kumpulan ketiga program Permata Pintar – menyuarakan cita-citanya untuk menjadi peguam atau penyelidik undang-undang setelah tamat pengajian kelak. – BERNAMA

Tags: program Permata Pintar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd