• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Perempuan Bertudung Ini Ragut Rantai Anak Saya”

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADIKAN kanak-kanak sebagai sasaran, itu modus operandi seorang wanita bertudung yang memperdayakan seorang kanak-kanak perempuan sebelum meragut rantai emas miliknya di sebuah pasar raya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di pasaraya GM Klang Taman Botani itu, ibu mangsa mendakwa anaknya telah diragut oleh wanita terbabit ketika dia sedang membelek baju di ruangan pakaian di pusat beli belah itu.

"Perempuan Bertudung Ini Ragut Rantai Anak Saya"

“Sedang saya membelek baju, tiba-tiba anak menangis dan lehernya pula merah. Lalu dia tunjukkan kepada saya seorang wanita dik edai sebelah.

“Saya terus bertanya kepada wanita itu sama ada dia telah meragut rantai anak saya namun dia menafikan,” katanya yang dikenali sebagi Aimi Filzah di laman sosial.

"Perempuan Bertudung Ini Ragut Rantai Anak Saya"

Menurut Aimi, dia kemudian terus membawa wanita itu ke belakang premis dan memeriksa seluruh badannya termasuk beg tangan yang dibawa.

“Saya tidak temui apa-apa namun saya masih curiga dengan reaksi wanita itu lalu saya meminta pekerja premis untuk membuka cctv dan dia masih menafikan.

“Anak saya pula terus menangis dan menunjuk ke arah wanita itu, dan apabila saya melihat reaksi wanita itu, saya dapati rantai anak saya betul-betul berada di bawah kakinya, iaitu di lantai tempat wanita itu berdiri.

“Lalu saya mengambil rantai itu dan menggesa pekerja memangil pihak sekuriti,” katanya.

Aimi turut memuat naik gambar suspek dan mendedahkan wanita bertudung itu merupakan individu sama dalam kejadian yang dirakam CCTV pada tahun lalu.

“Ini bukan kali pertama dia melakukanya. Saya juga jumpa rakaman cctv dia meragut rantai kanak kanak lain tahun lepas,” tulisnya di pautan video.

Perkongsian dari Aimi itu mendapat perhatian netizen khususnya dari kalangan ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan berhubung kes ragut ini.

Sehingga kini, postingnya itu telah dikongsi sebanyak 4,700 kali dan video aksi wanita itu pula ditonton hampir 400 ribu kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gadis bertudungperagut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

Peniaga Cedera, Seorang Daripada Peragut Berjaya Ditahan

13/03/2023
0

Kota Bharu : Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di Jalan Padang Kelochor di sini, kelmarin. Ikuti...

Suspek Kes Ragut Maut Terperosok Bawah Kereta

30/12/2019
0

PUCHONG - Seorang suspek kes ragut maut selepas terperosok bawah kereta dalam kejadian di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd