• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tangguh Larangan Guna Plastik, Polisterin

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini sehingga satu kajian menyeluruh mengenai pengunaan kedua-dua bahan itu selesai dilakukan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri tidak boleh melarang penggunaan plastik dan polisterin tanpa memberikan penyelesaian alternatif walaupun pengumuman mengenai larangan itu dibuat tahun lepas.

“Kita perlu melihat beberapa aspek lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya melarang penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini tanpa memberi alternatif lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 di Universiti Teknologi MARA di sini, hari ini.

Zambry berkata beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria untuk menjalankan kajian terperinci dan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkaitan berhubung perkara itu.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April tahun lepas, Muhammad Amin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri itu mulai 1 Jun ini dalam usaha memelihara alam sekitar.

Muhammad Amin berkata sebagai alternatif kepada penggunaan plastik dan polisterin, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan kertas atau bahan boleh diurai selain memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang memberi kerjasama melaksanakan inisiatif Perak bebas plastik dan polisterin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd