• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternak Babi Perlu Komited Masalah Pencemaran

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka mahu penternak babi di kawasan Paya Mengkuang, Alor Gajah dekat sini komited dalam mencari penyelesaian masalah pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti penternakan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata isu pencemaran terutama di Sungai Tuang dekat sini akibat penternakan itu telah berlarutan sejak sekian lama, malah sukar memperoleh jalan penyelesaian akibat kurangnya komitmen penternak babi itu dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru beliau berkata kerajaan negeri memberi tempoh selama tiga bulan untuk penternak babi itu menjalankan perbincangan dan rundingan dengan wakil kerajaan negeri bagi mendapatkan satu pelan penyelesaian supaya penternakan babi tidak lagi menjadi penyebab pencemaran di kawasan itu.

“Ini bukan masalah setempat lagi, tetapi masalah serius yang dirasai semua orang sama ada Melayu, Cina atau semua bangsa di sana, malah menjadi perhatian pelancong luar negara. Jadi ia memerlukan suatu pelan tuntas dan tidak bertangguh supaya tiada yang terima bahananya nanti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

Bernama pada 12 Mei lepas melaporkan keluhan pengusaha pusat peranginan di Masjid Tanah, Alor Gajah tentang pencemaran pantai serta sungai terutama di Sungai Tuang ekoran penternakan babi di kawasan berkenaan yang memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan di kawasan itu.

Idris berkata kerajaan negeri tidak akan sama sekali berkompromi terhadap mana-mana penternak babi yang berterusan mengakibatkan pencemaran itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penternak tersebut.

“Kami tidak lagi boleh berkompromi dalam isu ini hingga jejaskan kehidupan rakyat setempat dan juga sektor pelancongan di kawasan itu, jadi saya minta penternak berikan komitmen mereka untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Mengulas mengenai pelan penternakan babi yang sesuai di kawasan itu, beliau berkata penternakan babi di Belanda adalah suatu bentuk penternakan yang perlu dicontohi kerana mengamalkan penternakan yang bersih dan tertutup.

“Penternakan di negara itu mementingkan soal kebersihan yang masyarakat setempat tidak pun terkesan akibat penternakan itu, malah jika kita melawat negara itu kita pun tidak perasan Belanda mempunyai antara penternakan babi terbesar di dunia. Ini kerana sistem penternakan dan pemprosesan mereka amat baik dan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronPenternak Babi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ladang Babi Cemar Alam Sekitar Bakal Dikenakan Tindakan

03/08/2018
0

KUALA LANGAT - Setelah operasi kilang haram kitar semula bahan plastik yang mencemarkan alam sekitar di daerah ini berakhir, pihak berkuasa...

Melaka Cadang Ternak Babi Berkelompok

09/07/2018
0

ALOR GAJAH - Penternak khinzir di Paya Mengkuang di sini diusulkan agar melaksanakan penternakan secara berkelompok serta menggunakan teknologi moden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd