• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Diingatkan Supaya Tidak Terlibat Rasuah

oleh AK-47
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak terlibat dengan kes-kes rasuah dan pecah amanah yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata oleh itu, penjawat awam mesti mempunyai jati diri yang baik serta harga diri yang tinggi.

“Jika mereka mempunyai jati diri yang baik serta harga diri yang tinggi, saya yakin bahawa orang tidak boleh menawarkan apa-apa kepada kita. Oleh itu, jangan sesekali meletakkan tanda harga pada diri kita kerana jika ini berlaku maka berakhirlah riwayat kita.

“Jangan sesekali kita lakukan itu, walaupun hidup kita tidak mewah tetapi syukur alhamdulillah, kita boleh hidup membesarkan anak-anak kita dan menjaga keluarga kita.

“Kita ada keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan…jika berlaku apa-apa pada kita, mereka semua juga akan terlibat,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Datuk Johani Hassan.

Oleh itu, katanya penjawat awam perlu berfikir sebaiknya sebelum terlibat dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah serta tidak berkompromi dengan isu-isu berkaitan rasuah.

“Jauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang sebegini. Hiduplah dengan pendapatan yang kita ada dan bersyukurlah. Jangan merasa perasaan tidak cukup kerana ramai lagi yang lebih menderita daripada kita,” katanya.

Mohamad berkata apa yang penting ialah amanah dan kejujuran dalam menjalankan tugas serta menganggap tugas yang dipikul itu sebagai satu ibadah seterusnya menjadi seorang penjawat awam yang bertanggungjawab.

Pada majlis itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Hasnan Iberahim mendahului 522 penjawat awam daripada 37 jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan menerima APC 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasanrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd