• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas JJ Poor To Rich Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis telah menahan Pengasas JJ Poor To Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua orang kanannya di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai penahanan mereka tidak lama lagi.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini JJPTR telah mengumpul pelaburan sehingga RM1.7 bilion.

Acryl Sani dalam satu kenyataan minggu lepas berkata susulan siasatan ke atas JJPTR, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, JSJK, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara dan Sekuriti Siber menyerbu lapan lokasi berlainan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, lapan lokasi tersebut yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket itu.

Acryl Sani berkata susulan serbuan, 15 pekerja dan empat pelabur telah ditahan untuk proses dokumentasi dan disoal siasat.

Beliau berkata kesemua mereka berumur antara 23 dan 40 tahun.

Difahamkan, daripada 15 pekerja yang ditahan, 13 adalah wanita, manakala tiga daripada empat pelabur yang ditahan juga adalah wanita.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat tempatan.

“Turut dirampas tujuh buah komputer dan komputer riba, mesin kira wang tunai, beratus-ratus dokumen syarikat JJPTR, televisyen, kamera litar tertutup dan wang tunai RM3,300,” katanya dalam kenyataan itu.

Acryl Sani berkata, tindakan membekukan akaun yang dimiliki oleh JJPTR juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – mStar Online

Tags: polisSkim Pelaburan Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencuri Bateri Kereta ‘Mengganas’ Di Puchong

Next Post

PM Pulang Dari China Dengan Kejayaan Malaysia

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

PM Pulang Dari China Dengan Kejayaan Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd