Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Keluarga Mohon Bawa Pulang...

KUCHING - Ibu kepada enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah...

Pelan Transformasi MIC Mampu...

KUALA LUMPUR - Setelah berdepan kemelut dalaman parti yang berlarutan, MIC yang kini...

Video: Ibu Kritik Penumpang...

KEUTAMAAN perlu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan awam...

Pengambilan Penjawat Awam Ditambah Baik

KUALA LUMPUR – Proses tapisan bagi pengambilan penjawat awam mungkin perlu ditambah baik bagi mengelak sebarang aktiviti rasuah ketika berada dalam perkhidmatan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ali berkata bagi mencapai sasaran sifar rasuah dalam kalangan penjawat awam beberapa langkah perlu diambil termasuk proses tapisan bagi memastikan individu yang benar-benar berintegriti mengisi jawatan berkenaan.

“Setakat ini memang kita ada tapisan, tapi mungkin kita perlu tambah baik, masa pengambilan (penjawat awam) tiada masalah, tapi mereka boleh berubah separuh jalan, ” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendedahkan penahanan 414 individu atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini, dengan 191 orang atau 46 peratus daripadanya merupakan penjawat awam.

Katanya unit integriti yang diwujudkan di setiap kementerian dan jabatan perlu aktif menjalankan kempen kesedaran kepada penjawat awam ini agar mereka sentiasa diingatkan menjalankan tugas dengan telus.

Ali juga menegaskan walaupun kes rasuah melibatkan penjawat awam masih terkawal tetapi cukup penting untuk mengikis dan menghapuskan kegiatan tersebut dalam kalangan mereka.

“Saya tidak boleh katakan ini masalah besar, tetapi kita juga tidak boleh ketepikan masalah ini. Kita tahu nak hapuskan rasuah ini rumit tetapi kita kena lakukan juga untuk pastikan penjawat awam sifar rasuah,” katanya.


Terdahulu, Ali melawat blok baharu pendidikan khas sekolah berkenaan yang dinaik taraf pembinaannya oleh syarikat korporat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dengan kos RM73,000.

Projek tanggungjawab sosial korporat tersebut adalah antara projek yang dilaksanakan oleh MRCB untuk menaik taraf infrastruktur sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ali berharap lebih banyak syarikat korporat yang membantu kerajaan menaik taraf dan menambah baik kemudahan awam di seluruh negara.

Katanya terdapat banyak kemudahan seperti sekolah dan hospital serta klinik yang memerlukan penaiktarafan kemudahan untuk keselesaan rakyat terutama di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Kategori