• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penang Sentral Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Projek Penang Sentral, hab pengangkutan bersepadu, yang dibangunkan di tapak terminal feri Butterworth dijangka siap hujung tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Kereta Api) Lim Hock Seng berkata kerajaan negeri memberi sokongan penuh terhadap projek itu terutamanya membabitkan pemberian tanah dan pengurusan merancang.

“Projek ini juga adalah selaras dengan rancangan tempatan dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri. Projek ini merupakan inisiatif pihak swasta iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) melalui kerajaan persekutuan. Tiada sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri.

“Tanah projek Penang Sentral yang melibatkan 28 bidang tanah di kawasan seksyen bandar Butterworth telah diberikan kepada Penang Sentral Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MRCB,” katanya ketika menjawab soalan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) yang meminta penjelasan mengenai status projek itu pada persidangan DUN di sini.

Beliau berkata Penang Sentral akan berperanan sebagai hab pengangkutan awam untuk koridor utara yang menggabungkan kesemua jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, feri, kereta api dan Penang Sky Cab (kereta kabel) bagi menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar.

“Kesemua pengangkutan ini diletakkan di bawah satu bumbung yang menawarkan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif. Selain itu, ia adalah pemangkin kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dapat merealisasikan rancangan di dalam pelan tersebut,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Muhamad Yusoff berhubung penempatan penjaja yang terjejas dengan projek berkenaan, Lim berkata pihak MRCB telah menyediakan satu kompleks berbumbung untuk penjaja yang terjejas, namun kompleks berkenaan ditutup untuk memberi laluan kepada penyuraian trafik.

Namun, beliau berkata semua penjaja yang terjejas telah diberikan pampasan oleh pihak terbabit bagi membolehkan mereka mencari penempatan sementara yang baharu.

“Buat masa ini mereka (penjaja) masih menjaja di sekeliling kawasan itu. Cuma apa yang menjadi kebimbangan saya selepas Penang Sentral siap, saya khuatir mereka tidak mampu membayar kadar sewa di dalam Penang Sentral itu. Penang Sentral akan menjadi satu kompleks moden berhawa dingin seperti Puduraya dan sudah pasti kadar sewanya tinggi,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd