• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Di UK Diminta Patuhi Peraturan

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biro Pelajar Luar Negara (BPLN) UMNO meminta semua pelajar yang tinggal di sekitar Manchester untuk sentiasa berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Ia berikutan penahanan tiga pelajar Malaysia oleh pihak polis Greater Manchester, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut meminta agar semua warga Malaysia di sana peka dan sentiasa mematuti arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan.

“Saya berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom mengenai penahanan tiga pelajar Malaysia semalam dan mereka kini dibebaskan tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 29 Mei lalu, tiga pelajar Malaysia dilaporkan ditahan oleh pihak polis Greater Manchester di rumah sewa mereka di Banff Road.

Tiga pelajar terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Longsight, Manchester untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan tanpa syarat.

Penahanan itu dipercayai dibuat berhubung insiden pengeboman di satu konsert di Manchester Arena pada 23 Mei lalu yang mengorbankan 23 nyawa.

Dalam masa yang sama, Reezal berkata beliau mengenali dua daripada tiga pelajar berkenaan menerusi program bersama pelajar Malaysia di Manchester.

“Secara peribadi saya mengenali dan pernah bertemu dengan dua daripada tiga pelajar tersebut, ketika menghadiri program ramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Manchester awal tahun ini.

“Saya telah pun berkomunikasi secara langsung dengan ketiga-tiga pelajar berkenaan, dan suka dimaklumkan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau bagi pihak BPLN mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom atas kerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di sana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bompelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd