• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuh Garis Panduan JAIS Berhubung Masjid

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemimpin politik di Selangor perlu patuh terhadap garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam.

“Sebarang majlis anjuran wakil rakyat boleh dilakukan di masjid dan surau tetapi biarlah ia dilakukan di perkarangan kawasan berkenaan sahaja, bukan di ruang solat.

“Berhubung isu tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa di sebuah masjid di Subang minggu lepas, saya telah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bagi menjelaskan keadaan yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah di masjid berkenaan, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata Sivarasa juga ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, namun, menteri besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan.

Mohamed Azmin turut menjelaskan, Sivarasa bukan mewakili beliau di majlis berkenaan tetapi ia adalah majlis anjuran pejabat anggota Parlimen itu sendiri.

Semalam, Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.

Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

Beberapa gambar kehadiran Sivarasa ke masjid berkenaan turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliJAIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd