• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selangor Akur, Putus Kerjasama Dengan PKR

oleh
11/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor terus galas tanggungjawab dalam kerajaan negeri yang diamanahkan rakyat sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang baharu dilantik, Sallehen Mukhyi menegaskan, pihaknya tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR di peringkat negeri itu selepas ini.

“Sebaliknya PAS Selangor akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam blok Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi kempen PRU ke-14 yang akan datang,” kata beliau dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sallehan mengulas keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang di Kuala Lumpur pada Khamis apabila secara muktamad memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik dengan PKR berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan tersebut dicapai pihak majlis ekoran banyak pelanggaran syarat Tahaluf Siyaasi dilakukan oleh PKR terhadap parti itu.

Mengulas lanjut, Sallehen menjelaskan, PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR adalah telah terbatal.

“Bagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke-13 lalu, maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya,” jelasnya.

Ini sejajar dengan kenyataan terbaharu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengulangi komitmen dan keperluan untuk PAS terus membantu memperkukuhkan kerajaan negeri seperti mana biasa.

PAS ketika ini mempunyai tiga wakil sebagai Exco dalam pentabiran kerajaan negeri iaitu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sendiri selain Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Muktamar PAS kali ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lalu iaitu persidangan tahunan yang terakhir sebelum PRU ke-14; telah secara muktamad meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi antara parti Islam tersebut dengan PKR

Pada masa ini, kedudukan PAS dalam Dewan Undangan Negeri ialah 13 setelah dua wakilnya ‘melompat’ menyertai PAN, manakala PKR dianggotai 13 sementara DAP (14), BN (12) dan Bebas (dua). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPKRTahaluf Siyasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd