• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OIC Kutuk Serangan Daesh Di Stesen TV Afghanistan

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef A. Al-Othaimeen mengutuk sekeras-kerasnya serangan militan Daesh ke atas stesen radio dan televisyen di Jalalabad, Afghanistan, pada Rabu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan menyebabkan beberapa yang lain tercedera.

Beliau menyifatkan serangan kejam terhadap orang awam itu sebagai cubaan pihak militan untuk menggugat peranan pihak media dalam pembangunan negara, sambil menambah serangan itu juga jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan OIC.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk tidak berlembut dalam usaha mereka menentang keganasan dan menyeru pihak yang bertanggungjawab ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Al-Othaimeen turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Afghanistan.

Beliau menegaskan adalah menjadi prinsip dan pegangan OIC menolak sebarang bentuk perbuatan keganasan.

Menurut laporan, empat penyerang yang memakai jaket bunuh diri dan membawa senjata AK-47 memasuki Stesen Radio Televisyen Afghanistan (RTA).

Seorang daripada mereka meletupkan diri di pintu masuk bangunan itu manakala yang lain melepaskan tembakan secara rambang.

Ketiga-tiga penyerang itu terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan. – BERNAMA

Tags: Dr Yousef A Al-OthaimeenOICserangan keganasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Potong Markah Merokok Di Premis Kerajaan

Next Post

Lelaki Didakwa Kemuka Dokumen Pesanan Palsu

Related Posts

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri

Serangan Keganasan Moscow: Semua Rakyat Malaysia Selamat

23/03/2024
0

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia...

Next Post

Lelaki Didakwa Kemuka Dokumen Pesanan Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd