Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemain Gaduh Di Padang,...

LONDON – Chelsea dan Everton akhirnya hanya didenda oleh Persatuan Bola Sepak England...

F1: Jules Bianchi Mengalami...

YOKKAICHI - Pemandu Formula Satu (F1), Jules Bianchi masih kekal dalam keadaan kritikal...

Lebih 800 Stesen Shell...

KUALA LUMPUR - Lebih 800 stesen minyak Shell Malaysia di seluruh negara kembali...

“Kami Harapkan Doa Rakyat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri...

NATO Anggota Gabungan Global Menentang Daesh

BRUSSELS – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang Daesh, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

“NATO bersetuju untuk menjadi anggota penuh Gabungan Global menentang kumpulan tersebut yang turut dianggotai oleh semua 28 negara anggota NATO,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak NATO, Khamis.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan NATO dalam gabungan itu tidak bermakna ia akan turut terlibat dalam pertempuran.

Menurut beliau, keputusan yang diambil oleh pemimpin 28 negara bersekutu NATO bertujuan menghantar isyarat tentang usaha bersama dalam memerangi keganasan global.


NATO akan mengambil bahagian dalam perbincangan politik, termasuk penyelarasan latihan dan pembinaan kapasiti, katanya.

Pemimpin negara-negara bersekutu NATO berhimpun untuk mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat baharu NATO di Brussels, dengan isu perbelanjaan ketenteraan dan usaha dalam memerangi keganasan menjadi agenda utama perbincangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori