• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot KD Perdana: PM Kerah Semua Aset Digerakkan

oleh AK-47
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan semua aset kerajaan yang diperlukan supaya dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan terputus hubungan Sabtu lepas.

Perdana menteri turut mahu operasi SAR itu diperluaskan dan ditingkatkan.

“Saya doakan agar sembilan anak kapal KD Perdana yang terputus hubungan…di perairan Johor dijumpai segera dalam keadaan sihat dan selamat,” kata Najib dalam catatan di laman Facebook dan Twitter.

Beliau turut berterima kasih kepada nelayan yang turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat itu.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata kapal KD Perdana telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.

Menurut kenyataan itu, bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKD Perdana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sporting! Siti Tunai Janji Nyanyi ‘Hang Pi Mana’

Next Post

APMM Rampas Bot Nelayan Dan Hasil Laut RM2.5 Juta

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

APMM Rampas Bot Nelayan Dan Hasil Laut RM2.5 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd