• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Ketuai Delegasi Ke WEF ASEAN 2017

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2017 selama tiga hari di Phnom Penh, bermula Rabu.

Lebih 630 peserta, termasuk 30 ketua-ketua negara/kerajaan, wakil kerajaan dan 500 pemimpin korporat global dijangka menghadiri forum tersebut.

Mustapa telah dijemput oleh WEF untuk mengetuai perbincangan mengenai pemudahan E-dagang pada sesi “Ke Arah Pasaran Tunggal Digital Serantau” pada Rabu, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataan hari ini.

Peserta sesi itu akan membincangkan mengenai pendekatan yang praktikal untuk meningkatkan logistik, pengangkutan, peraturan pembayaran elektronik, pengesahan digital, persekitaran kawal selia berhubung perlindungan pengguna dalam talian.

Mustapa turut dijadualkan menemui rakan sejawatnya dari Kemboja, Pan Sorasak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othsman Hassan.

Mesyuarat sampingan lain termasuklah pertemuan dengan komuniti Malaysia, termasuk profesional perniagaan di Kemboja.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong akan menyertai Plenari Pembukaan WEF: “50 Years Young”, Perhimpunan Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi Dunia (IGWEL): ASEAN pada 50, Mesyuarat Kumpulan Strategi Serantau ASEAN dan Kebudayaan Soiree yang dihoskan oleh kerajaan Kemboja.

Delegasi Malaysia termasuklah wakil dari sektor swasta, iaitu Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes; Pengarah Urusan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; dan Pengerusi Eksekutif Qi Group of Companies, Datuk Sri Vijay Eswaran.

WEF merupakan organisasi bebas antarabangsa bagi kerjasama awam-swasta, ditubuhkan empat dekad yang lalu dengan misi untuk meningkatkan keadaan ekonomi dunia.

Selain mesyuarat tahunannya di Davos yang diadakan pada Januari setiap tahun, WEF turut menganjurkan mesyuarat di peringkat serantau.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi WEF mengenai ASEAN 2016 dan pada tahun ini, Kemboja telah dipilih sebagai negara tuan rumah.

WEF mengenai ASEAN 2017 bersempena dengan ulang tahun ASEAN ke-50, sebuah rantau dengan jumlah penduduk seramai 630 juta orang, dan lebih daripada separuh di bawah umur 30.

Forum tersebut menawarkan platform yang sesuai untuk kerjasama yang lebih baik antara industri, kerajaan dan masyarakat sivil dalam membentuk masa depan golongan muda di rantau ini dan memanfaatkan sepenuhnya potensi ASEAN.

Tema bagi acara pada tahun ini ialah, “Belia, Teknologi dan Pertumbuhan: Meraih Digital dan Dividen Demografi ASEAN”, dan peserta akan melaksanakan wacana mengenai tiga tonggak utama iaitu: ASEAN dalam Konteks Global baharu, ASEAN dan Agenda Kesalinghubungan, dan ASEAN dan Agenda Belia. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedWEF ASEAN 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd