• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MQA Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Anjuran SPRM

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertujuan menjauhkan warga kerja agensi itu daripada rasuah dalam melaksanakan tugas harian.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Dr. Rujhan Mustafa berkata pelaksanaan IBR penting sebagai permulaan kepada kakitangan MQA untuk menanam ikrar menolak sebarang bentuk hadiah dan pemberian serta ikhlas dalam menjalankan tugasan.

IBR merupakan satu daripada langkah MQA untuk menjadi badan pertama diberikan sijil ISO 37001: Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah (ABMS), katanya dalam majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah di sini.

Rujhan mengetuai 22 pengurusan tertinggi MQA membaca ikrar dan menandatangani IBR dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Sebelum ini, MQA turut melaksanakan Polisi Tidak Menerima Hadiah atau No Gift Policy sejak 2011. – BERNAMA

Tags: Bebas RasuahMQA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Latihan Kepolisan Dapat MQA

Program Latihan Kepolisan Dapat MQA

19/07/2024
0

Kuala Lumpur : Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Latihan dalam proses mengorak langkah melahirkan sumber manusia kompeten...

2 Program Diploma Kebombaan Diperakui MQA

06/04/2022
0

Hulu Selangor : Dalam usaha menyemarakkan lagi agenda pengajian sepanjang hayat (PSH), Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah menawarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd