• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moon Jae-in Angkat Sumpah, Umum Kabinet Hari Ini

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pemimpin Parti Liberal, Moon Jae-in yang mengangkat sumpah jawatan Presiden Korea Selatan, hari ini, bakal berdepan tugas besar untuk mengepalai negara yang kini dilanda ketegangan geopolitik.

Jae-in, 64, juga dijangka segera mengumumkan anggota utama Kabinet dan melantik kakitangan pejabat presiden, seawal hari ini, bagi mengakhiri kekosongan kuasa pemerintahan.

Ia berikutan penyingkiran bekas Presiden Park Geun-hye atas tuduhan rasuah, pada Mac lalu. Jae-in yang juga bekas peguam hak asasi manusia, sebaliknya mula mengetuai parti sejak lima tahun lalu

Antara cabaran pertama sebagai Presiden Korea Selatan, Jae -in berdepan dengan ancaman peperangan dengan Korea Utara, selain perlu berusaha meredakan konflik perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Malah, pentadbirannya perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan ketegangan dengan China, berikutan penempatan sistem pertahanan antisenjata di Korea Selatan bagi mencegah ancaman serangan senjata Pyongyang.

Selain itu, Jae-in perlu menyatukan semula rakyat dan menangani perpecahan dalam kalangan pengundi, susulan skandal rasuah membabitkan pemimpin negara itu.

“Saya akan mewujudkan sebuah negara yang adil, bersatu padu. Saya akan menjadi presiden yang berkhidmat untuk semua, termasuk mereka yang tidak menyokong saya,” kata Jae-in.

Sementara itu, keputusan rasmi menunjukkan Jae-in meraih kemenangan mutlak selepas penduduk yang keluar mengundi mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh 2o tahun, waima dalam keadaan tidak menentu di Korea.

Menurut data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan, Jae-in berjaya meraih 41.1 peratus undi berbanding calon Parti Konservatif, Hong Joon-pyo (24 peratus) dan calon haluan tengah, Ahn Cheol-soo (21.4 peratus). – REUTERS

Tags: Korea SelatanKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd