• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modenas Kuasai Pasaran Motosikal Kecil Domestik

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) menyasarkan menguasai semula pasaran motosikal kecil domestik menerusi rakan usaha sama global.

Selepas kejayaan jalinan bersama jenama skuter Taiwan, Kymco, syarikat itu kini menjalin usaha sama dengan Bajaj Auto Limited (BAL) India.

Menerusi teknologi BAL yang sudah terbukti dalam pengeluaran motosikal, akan membantu Modenas muncul dengan motosikal tahan lasak, boleh diharap dan harga yang menarik, kata penganalisis auto hari ini.

Hezeri Samsuri, penganalisis dan juga Pengarah Urusan Careta Media Sdn Bhd, berkata suntikan kepakaran teknikal ke dalam Modenas juga akan membantunya meraih penguasaan dalam pasaran.

Ia juga akan meningkatkan operasi dan menjana peluang pekerjaan di kilangnnya di Gurun, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha sama itu akan membolehkan pengilang mengeluar produk yang paling sesuai dengan pasaran tempatan.

November lepas, Modenas membawa satu lagi model global ke Malaysia selepas memperkenalkan dua model berasaskan Kymco dari Taiwan.

KYMCO atau Kwang Yang Motor Co. Ltd mengeluar motor skuter, motosikal dan ATV untuk eksport ke 88 negara.

Kesemua kilang KYMCO menggunakan teknologi terkini bagi kejuruteraan dan pengeluaran enjin, casis dan komponen lain yang boleh dipercayai.

Hezeri berkata KYMCO ialah penggiat terbesar skuter di dunia dari segi penjenamaan dan komponen dari Taiwan.

Pengenalan jenama global kepada pengguna jalan di Malaysia merupakan langkah strategik oleh Modenas untuk meraih semula penguasaan dalam pasaran motosikal tempatan.

Beliau bagaimanapun berkata Modenas perlu bekerja lebih keras dalam bidang pengiklanan, promosi serta pemasaran.

Pasaran Malaysia memerlukan motosikal kecil dan ini memberi kelebihan kepada Modenas yang mempunyai rekod yang baik.

Menerusi kepakaran teknikal Bajaj, mereka boleh mengeluarkan ‘street bike’ atau popular sebagai kapcai, yang sesuai untuk golongan belia Malaysia.

“Kami berharap menerusi usaha sama ini, kilang Gurun dapat beroperasi dalam kapasiti penuh, selain mengeksport keluarannya memandangkan syarikat India tidak mempunyai hab Asia Tenggara,” katanya.

Bajaj boleh menggunakan kemudahan di Gurun untuk penyelidikan dan pembangunan.

Hezeri berkata antara model yang bakal diperkenalkan di pasaran tempatan ialah Pulsar RS200, sejenis motor sukan.

BAL ialah pengeluar motosikal keenam terbesar di dunia dan kedua terbesar di India. Ia menjual motosikal, skuter dan lanca auto. – BERNAMA

Tags: Modenas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DRB-HICOM Jual 11% Kepentingan Modenas Kepada Kawasaki

27/04/2019
0

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) kepada Kawasaki Heavy...

Tiga Model Taruhan Terbaharu Modenas

22/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Hasil perkongsian strategik antara Modenas dan syarikat permotoran dari India, Bajaj Auto Limited, syarikat pengeluar motosikal nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd