• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Sedang Kenal Pasti Calon MIC Negeri Sembilan

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MIC Negeri Sembilan sedang mengenal pasti calon yang layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata MIC akan bertanding di satu parlimen, Teluk Kemang dan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Jeram Padang dan Port Dickson.

“Proses tapisan sedang dilakukan dalam beberapa peringkat. Kita perlukan tiga calon yang mempunyai peluang paling tinggi untuk menang (PRU) di negeri ini,” katanya kepada media selepas Majlis Peletakan Batu Asas SJK (T) Lorong Java, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM4.5 juta daripada dana khas kerajaan persekutuan telah diberikan kepada SJK (T) Lorong Java untuk membina blok tambahan, yang dijangka siap dalam masa dua tahun.

“Apabila siap, ia akan dilengkapi dengan 19 bilik darjah beserta kemudahan lain seperti makmal sains, perpustakaan, bilik mesyuarat dan bilik guru,” katanya. – BERNAMA

Tags: MIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd