• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merpati Disyaki ‘Perisik’ Ditangkap

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seekor burung merpati yang disyaki perisik China, ditahan di kawasan pertikaian di sempadan China-India pada minggu lalu.

Menurut laporan media India, burung berkenaan ditangkap oleh penduduk kampung Arunachal Pradesh di daerah Anjaw pada 20 Mei lalu dan mempunyai label yang ditulis dalam angka Cina.

Penangkapan burung itu menimbulkan syak wasangka bahawa tentera China menggunakan burung merpati untuk melakukan risikan di wilayah India.

Portal Hindustan Times melaporkan, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di daerah tersebut yang terlibat dalam konflik antara India dan China.

Kes tersebut dirujuk kepada jabatan perhutanan untuk siasatan lanjut tentang penggunaan label Cina yang dipasang pada kaki kiri burung tersebut.

Pegawai jabatan itu berkata, label itu mungkin digunakan untuk tujuan kajian tetapi mereka tidak mendedahkan sama ada burung tersebut dipasang dengan alat pengesan isyarat atau kamera.

Kedua-dua negara terlibat dalam pertikaian diplomatik pada pertengahan Mei lalu selepas India enggan terlibat dalam projek mega Laluan Sutera yang diusahakan oleh China. – mStar Online

Tags: merpatiPerisik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

14/08/2025
0

PUTRAJAYA: Penahanan lima anggota perisikan tentera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki terbabit membocorkan maklumat operasi ketenteraan...

Pangkalan Rahsia Perisik UK Di London Didedah

07/04/2019
0

AGENSI perisik GCHQ UK yang berpangkalan secara rahsia di London, akhirnya didedahkan buat pertama kalinya. Pejabat agensi perisikan itu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd