• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mega Mydaftar Bantu Masyarakat India Bermasalah

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kempen ‘Mega Mydaftar’ di 23 kawasan di seluruh negara bermula bulan depan diyakini dapat membantu setiap rakyat berketurunan India yang tidak memiliki dokumentasi pengenalan diri di negara ini, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ini kerana kempen yang bermula dari 3 hingga 26 Jun itu mendapat sokongan penuh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta penglibatan besar badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India yang mempunyai cawangan pertubuhan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Lebih menarik, katanya kempen besar-besaran itu juga mendapat sokongan penuh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang tentunya akan meminta agensi berkaitan di bawahnya mencari jalan terbaik ke arah penyelesaian sepenuhnya isu yang sekian lama membelenggu masyarakat India.

“Dengan penglibatan yang besar ini, saya berharap kita akan sampai kepada setiap rakyat Malaysia berketurunan India di semua tempat sekali gus membolehkan mereka yang bermasalah ini tampil untuk mendaftar dalam Mega Mydaftar.

“Walaupun jangka masa mendaftar agak singkat tetapi saya yakin ia boleh berjaya apatah lagi kempen ini membabitkan penglibatan besar pihak berkepentingan,” katanya pada sidang media Kempen ‘Mega Mydaftar’ di sini hari ini.

Kempen itu merupakan kesinambungan kempen ‘Mydaftar’ yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini untuk menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India yang tidak memiliki dokumen berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata publisiti meluas akan diberikan kepada kempen itu bagi memastikan setiap mereka yang bermasalah tahu siapa dan pihak mana yang boleh mereka temui untuk membawa mereka berdaftar dengan Mega Mydaftar.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada keengganan individu bermasalah untuk mendaftar, antaranya tidak mendaftar perkahwinan serta kelahiran bayi dan ia akan diatasi melalui pendidikan tentang kepentingan mendaftar pernikahan serta kempen kesedaran yang berterusan.

Mengenai Mydaftar, Subramaniam yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) berkata sebanyak 12,726 permohonan diterima daripada masyarakat India sejak 2010 hingga 2016 yang mana 9,844 kes adalah berkaitan kewarganegaraan.

Daripada 9,844 permohonan, sebanyak 4,400 pemohon telah mendapat taraf kewarganegaraan manakala bakinya masih dalam pertimbangan oleh JPN dan KDN, katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd