• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mayat mangsa yang hilang dalam kejadian bot terbalik dan karam di kawasan perairan Pontian petang Jumaat lepas ditemukan pada jarak lebih kurang 4.1 batu nautika dari barat laut Sungai Ayam oleh nelayan tempatan pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Maritim Johor Bahru, Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata mayat Mohd Syami Hasing, 16, ditemui dalam keadaan berseluar pendek dan tanpa baju pada kira-kira 9 pagi oleh nelayan yang keluar menangkap ikan pagi tadi.

Beliau berkata mereka kemudiannya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat. Identiti mangsa telah disahkan oleh rakan yang sama-sama menaiki bot ketika kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

“Berikutan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat telah kita tamatkan pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, lapan orang nelayan terjatuh daripada beberapa bot yang dinaiki mereka selepas bot-bot tersebut karam dipukul ombak di tiga lokasi berasingan iaitu di perairan Rambah, Penerok dan Pontian.

Enam daripada nelayan terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi hilang.

Seorang daripada dua nelayan yang hilang, Muhammad Atif Hafifi Abd Manaf, 28, dijumpai lemas sehari selepas kejadian oleh pasukan penyelamat di kedudukan satu batu nautika dari pantai Rambah. -BERNAMA

Tags: bot karam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd