• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Untuk Menarik Pelancong Arab Ke Langkawi

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melihat 2017 sebagai tahun yang sesuai untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dari Timur Tengah berikutan misi yang dilakukan ke Pameran Pelancongan Arab di Dubai baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Azizan Noordin yang mengetuai delegasi agensi itu dalam misi berkenaan, berkata penyertaan mereka dalam pameran itu sangat membuahkan hasil, dan peserta industri perlu menyediakan diri mulai sekarang untuk menyambut kedatangan lebih banyak pelancong dari Timur Tengah.

“Misi ini sangat berjaya. Kami bertemu banyak pengusaha pelancongan Arab yang bersedia memasukkan Langkawi ke dalam pakej pelancongan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Misi itu termasuk bertemu pemilik syarikat penerbangan terkemuka iaitu Emirates, Etihad dan Qatar Airlines, untuk meneroka kemungkinan bagi syarikat terbabit memulakan penerbangan terus antara Langkawi dan destinasi mereka di Timur Tengah.

“Sungguhpun kita sudah menerima penerbangan terus dari Singapura dan China, tetapi kita juga perlu mengadakan penerbangan terus dari Timur Tengah dan India, untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dari negara berkenaan,” katanya.

Azizan berkata pelancong dari Timur Tengah membentuk jumlah pelancong ketiga terbesar yang berkunjung ke Langkawi tahun lepas, di belakang negara anggota ASEAN dan China.

Sungguhpun mereka hanya mewakili kira-kira 20 peratus daripada 3.64 juta pelancong yang datang ke pulau ini pada 2016, beliau berkata tempoh menginap dan jumlah perbelanjaan mereka jelas lebih tinggi berbanding pelancong lain.

Katanya berdasarkan statistik Tourism Malaysia tahun lepas, purata tempoh menginap pelancong Arab di Malaysia adalah 10.1 malam, manakala purata perbelanjaan adalah RM8,000 sehari setiap orang.

Pelancong dari negara lain mencatatkan purata penginapan 6.2 malam dengan purata perbelanjaan RM2,800 sehari setiap orang, katanya.

“Bagi Langkawi, pelancong Arab akan menginap di hotel empat dan lima bintang dan tidak akan berfikir panjang untuk mencuba semua produk pelancongan (premium) seperti pelayaran santai, tinjauan menerusi helikopter, melawat hutan bakau dan menaiki kereta kabel,” katanya. – BERNAMA

Tags: LADAPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd