TAK lama lagi kita akan mula berpuasa. Antara yang dinanti tentunya Bazar Ramadan. Yelah, dah penat berpuasa tentulah bersemangat nak cari hidangan berbuka.
Bazar Ramadan umpama syurga dunia bagi yang berpuasa. Pelbagai juadah dijual; cucur badak, puteri berendam sampailah ke nasi ambeng, ayam percik dan murtabak.
Tapi masalahnya, ramai juga yang secara tidak sedar, menJdi juadah percuma tatapan orang awam. Manakan tidak, pakaian yang dipakai ke bazar mengalahkan artis di karpet merah.
Bukankah Islam sudah menetapkan tata cara berpakaian yang menutup aurat bagi umatnya? Menutup aurat wajib bagi wanita mahu pun lelaki.
Apa salahnya ke bazar Ramadan kita pakailah yang sopan. Tidak perlu memaksa diri hingga berpurdah atau berserban, tapi pakailah yang molek mata memandang.
Dengan memakai pakaian yang mencolok mata, ibarat kita tidak menghormati bulan Ramadan.
Kita berasa kurang selesa apabila ada orang bukan muslim yang minum atau makan di hadapan kita pada bulan Ramadan. Tapi kita sendiri menayangkan aset percuma di bazar Ramadan.
Janganlah balut tubuh kita dengan pakaian hingga menampakkan susuk tubuh yang membangkitkan nafsu dan mengganggu mata orang lain. Tidak semua mempunyai iman yang tinggi seperti anda. (???)
Perlu kita ingat, bahawa puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga saja. Puasa juga mengajar kita menahan nafsu.
Jadi, agak terceka kalau kita dengan sengaja ingin menarik perhatian dengan memakai baju yang tidak cukup kain.
Takkah macam itu pula puasa kita?
#laskarmalaya

