• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berunding Dengan AALCO Untuk Nama Semula KLRCA

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia Afrika (AALCO) untuk menamakan semula Pusat Serantau Timbang Tara Kuala Lumpur (KLRCA) sebagai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata sebuah Jawatankuasa Sementara akan ditubuhkan untuk mengetuai inisiatif ini dan disusuli dengan pindaan pada akta-akta yang perlu termasuk Akta Timbang Tara 2005 (sebagaimana dipinda pada 2011) untuk memasukkan perubahan semasa dan antarabangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR).

“Melalui projek-projek ini pada tahun-tahun akan datang, saya kain bahawa KLRCA dan Malaysia tidak lama lagi akan menjadi hab global bagi ADR di dunia,” kata beliau dalam ucapannya pada Minggu ADR Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIAW 2017) di sini, hari ini.

Pusat tersebut telah banyak menjalankan usaha sejak penubuhannya pada 1978, mengatasi cabaran sepanjang tiga dekad yang lalu sehinggalah kemunculan semulanya pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, inisiatif ini bersama pelbagai inisiatif yang lain ialah untuk memastikan Malaysia berada di barisan hadapan Inisiatif “Óne Belt One Road”.

“Dalam masa beberapa bulan akan datang, Saya yakin dengan kepimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) dan usaha-usaha KLRCA, dan Malaysia akan memainkan peranan penting dalam ADR di bawah Inisiatif One Belt, One Road.

“Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri; “One Belt One Road’ ialah pencetus perubahan bagi rantau ini dan ini terserlah dalam tema persidangan hari ini.”

China melancarkan inisiatif One Belt One Road pada 2013 sebagai strategi pembangunan yang memberi tumpuan kepada kesalinghubungan dan kerjasama di kalangan pelbagai negara.

Sementara itu, persidangan tiga hari itu dari 15 hingga 17 Mei terdiri daripada 10 sesi, sembilan sesi kelompok dan enam sesi sosial dan juga perbincangan termasuk mengenai “Breaking down the One Belt, One Road (OBOR): What lies ahead for ADR”.- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd