• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Macau Scam’: 25 Warga China, Taiwan Ditahan

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 25 warga China dan Taiwan ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ‘Macau Scam’ dalam satu serbuan di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam operasi bermula 3.30 petang itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Polis Taiwan menahan 13 lelaki dan tujuh wanita China serta empat lelaki dan seorang wanita warga Taiwan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 30 tahun.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ​​​​​sindiket terbabit menjadikan negara ini sebagai pusat operasi bagi menjalankan aktiviti penipuan terhadap rakyat Taiwan dan setakat ini tiada rakyat tempatan dilapor menjadi mangsa kumpulan itu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah banglo yang dijadikan markas bagi kegiatan itu. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Toyota Velfire, 10 passport China, 5 passport Taiwan, peralatan komunikasi serta skrip yang dipercayai digunakan bagi tujuan penipuan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Menjelaskan modus operandi kumpulan itu, Acryl berkata suspek akan membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi di Taiwan.

“Suspek kemudiannya mendakwa mangsa mempunyai hutang internet yang besar sebelum diminta menyelesaikannya dengan kadar segera dengan cara pemindahan wang ke dalam akaun bank yang telah ditetapkan di Taiwan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Acryl berkata sehingga empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka berhubung kes penipuan Macau Scam yang melibatkan kerugian sebanyak RM 9.49 juta.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa sindiket terbabit. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd