• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kerugian RM18,000 Disyaki Mangsa Macau Scam

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa pertama penipuan ‘Macau Scam’ di Langkawi tahun ini setelah diperdayakan untuk memindahkan kira-kira RM18,000 daripada akaun banknya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Dr. Che Ghazali Che Awang berkata lelaki berumur lingkungan 40-an itu membuat laporan polis pada 26 April lepas dengan mendakwa ditipu melalui panggilan telefon oleh beberapa individu yang kononnya mewakili sebuah bank.

“Menurut mangsa, seorang daripada individu itu telah menelefonnya sebelum itu untuk menyelesaikan satu urusan pinjaman bank yang tidak pernah dibuat oleh mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menggunakan mesin ATM untuk mengemaskinikan akaunnya bagi menyelesaikan masalah itu dan pada waktu itulah sindiket itu mengambil peluang mencuri maklumat akaunnya dan memindahkan wang daripada akaun itu.

“Kes ini kini disiasat oleh Bahagian Jenayah Komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan dikenakan denda,” katanya.

Ekoran kes ini, Che Ghazali meminta orang ramai supaya mengambil langkah berwaspada apabila menerima sebarang panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang mendakwa mewakili bank atau institusi kewangan tertentu.

“Jika sudah ada menerima panggilan telefon sedemikian, sila rujuk kepada bank-bank atau institusi yang berkenaan untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd