• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legasi Kepimpinan Adenan Di Tanjong Datu Diteruskan

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Legasi kepimpinan cemerlang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu akan diteruskan dan ditambah baik dengan pelbagai rancangan baharu, kata balunya Datuk Amar Jamilah Anu pada persidangan DUN Sarawak hari ini.

Beliau berkata semua perancangan Ketua Menteri Sarawak Kelima di kawasan Tanjong Datu semasa hayatnya akan diteruskan selain beliau berusaha melaksanakan rancangan baharu untuk pembangunan di kawasan berkenaan.

Jamilah, yang memenangi kerusi DUN Tanjong Datu pada pilihan raya kecil Februari lepas susulan kematian Adenan pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung, berkata demikian dalam sesi perbahasan usul penghargaan terhadap ucapan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada kemunculan sulungnya di persidangan DUN Sarawak di sini.

Pada satu ketika, dalam nada yang sebak, Jamilah berkata ketokohan Allahyarham membangunkan Tanjung Datu dan Sarawak secara keseluruhannya memang diakui ramai sebagai amat sukar ditandingi.

Jamilah juga memberitahu bahawa beliau faham mengenai tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk meneruskan legasi Allahyarham.

Sehubungan itu, beliau tekad memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dan memastikan setiap keluarga di Tanjung Datu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga yang memiliki sekurang-kurangnya kelulusan diploma.

Sambil menyatakan tentang pentingnya usaha memajukan bidang pendidikan bagi pembangunan mantap negeri, beliau turut memuji langkah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mewujudkan portfolio pendidikan dalam Kabinet Sarawak baru-baru ini.

Jamilah juga memuji usaha kerajaan Persekutuan membangunkan projek mega Lebuhraya Pan Borneo, khususnya laluan sepanjang 33 km yang menghubungkan kawasan Teluk Melano dengan Sematan, yang menurutnya akan mengubah landskap pembangunan di kawasan Tanjong Datu.

Beliau turut mengingatkan beberapa isu yang menurutnya perlu diambil kira yang berkaitan dengan pembangunan lebuh raya itu seperti pemeliharaan alam sekitar, dan aspek kawalan keselamatan, khususnya di kawasan yang berhampiran dengan sempadan negara.

Jamilah juga berkata janji-janji para pemimpin Persekutuan dan Negeri semasa berkempen PRK di kawasan itu haruslah dikotakan sebelum pilihan raya umum diadakan. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Tan Sri Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Adenan Akan Dikenang Selama-Lamanya

20/02/2017
0

KUCHING - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu semalam bermakna nama dan legasi Ketua Menteri...

Anak Tok Nan Rayu Sokongan Pengundi Kaum Iban

14/02/2017
0

LUNDU - Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd