• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memandu Ketika Mabuk, Tiger Woods Ditahan Polis

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pemain golf nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Tiger Woods ditahan polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah di Jupiter, Florida, pagi semalam.

Yahoo Sports melaporkan, juara kejohanan major 14 kali itu ditahan di lokap Palm Beach County pada jam 7.18 pagi (waktu tempatan).

Woods, 41, bagaimanapun dibebaskan 3 jam kemudian selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selepas 15 jam penahanan, Woods menerusi sebuah kenyataan beliau menafikan ditahan kerana terbabit dengan alkohol.

“Saya faham dengan keadaan ini dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan yang dilakukan,” katanya.

Jelasnya, tiada penglibatan alkohol dalam kejadian tersebut dan ia hanya tindak balas pengambilan ubat yang tidak dijangkanya.

“Saya tidak sedar campuran ubat itu telah menjejaskan keadaan.

“Saya memohon maaf kepada keluarga, rakan dan peminat di atas insiden ini,” katanya yang akan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

Woods berkata, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jabatan polis bagi menjalankan siasatan.

Jaguh dunia 14 kali itu ketika ini terpaksa berehat daripada bertanding kerana sedang pulih daripada pembedahan yang dijalani baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama kehidupan Woods mendapat perhatian.

Pada 2009 kehidupan peribadi beliau menjadi tumpuan selepas didakwa mengadakan hubungan dengan beberapa wanita lain. Skandal yang akhirnya berkesudahan dengan penceraian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditahanpolisTiger Woods
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd