• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Bendera Bukti UMNO Masih Kukuh – Sharkar

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Larian bendera yang dapat dijayakan hampir di seluruh negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada anggotanya menunjukkan parti itu masih kuat dan kukuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata di mana-mana negara di dunia ini, bendera menjadi lambang kedaulatan dan ia antara perkara utama dipertahankan apabila berlaku peperangan.

“Ini memperlihatkan bendera adalah tanda perjuangan, selagi bendera UMNO boleh berkibar dan dibawa berlari, itu menunjukkan UMNO masih utuh dan kuat serta bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata demikian kepada pemberita selepas menerima penyerahan Sang Saka Bangsa daripada Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat di Esplanade Temerloh di sini hari ini.

Turut serta dalam larian itu Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Shahar Abdullah,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan Datuk Seri Abd Hamid Nazahar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Nara Nikman Nordin serta pemimpin UMNO setempat.

Kira-kira 400 hingga 500 anggota UMNO Bahagian Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, dan Maran menyertai larian tersebut dari Kuantan bermula sejak 7.30 pagi tadi sebelum tiba pukul 11.15 pagi tadi di sini dan akan meneruskan perjalanan ke Gombak untuk penyerahan Sang Saka Bangsa kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor petang ini.

Dalam masa yang sama Sharkar berkata, walaupun UMNO telah berusia 71 tahun, namun parti itu masih mampu terus kekal bertahan kerana mengamalkan dasar yang realitistik serta pragmatik selain berpegang kepada prinsip perjuangan yang dilaungkan selama ini.

“Jika hendak dibandingkan dengan negara lain yang sama-sama meraih kemerdekaan, Malaysia boleh dikatakan sebagai antara negara yang maju dan ini semua disebabkan kepimpinan UMNO yang bemula dengan era Tunku Abdul Rahman sehingga zaman Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengamalkan dasar pentadbiran yang adil serta saksama.

“Malah UMNO juga mampu bertahan walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran. Hasil kesetiaan kepada parti dan pemimpin yang merupakan teras utama UMNO, kita mampu bertahan walaupun ada segelintir yang bertindak keluar parti,” katanya. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd