• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Changi Kembali Beroperasi

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Operasi penerbangan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi secara berperingkat berikutan kebakaran kecil pada petang semalam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi kelulusan untuk menyambung semula operasi di Terminal 2 dan penerbangan akan disambung semula secara berperingkat. Operasi akan bermula dengan beberapa penerbangan tiba,” menurut Lapangan Terbang Changi yang dikemas kini dalam akaun Facebooknya.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak laman web kami atau aplikasi iChangi untuk butiran penerbangan tertentu,” menurut lapangan terbang itu.

Para penumpang penerbangan yang berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Changi petang tadi, boleh menjangkakan kelewatan jadual penerbangan yang ketara berikutan satu kebakaran kecil di terminal balai berlepas.

Bagi menjamin keselamatan, Terminal 2 ditutup. Semua penerbangan yang berlepas dan tiba di Terminal 2 akan dipindahkan ke Terminal 3 sehingga diberitahu kelak,” menurut lapangan terbang Changi dalam kenyataan menerusi Facebook sebelum ini.

Menurut lapangan terbang itu, maklumat penerbangan sedang dikemas kini dan penumpang perlu menyemak skrin maklumat penerbangan di terminal dan di laman web Lapangan Terbang Changi untuk barisan daftar masuk, pintu berlepas dan butiran bagasi.

“Kami telah mengenal pasti punca kebakaran. Keadaan terkawal. Operasi Penerbangan di Terminal 2 terjejas. Kami akan memaklumkan apabila operasi bersambung semula,” menurut lapangan terbang itu.

Menurut lapangan terbang itu, penggera kebakaran di terminal diaktifkan pada kira-kira 5.40 petang disebabkan asap yang melalui lubang udara.

“Pemindahan terminal dimulakan dan pasukan Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang Changi berada di tempat kejadian,” kata lapangan terbang itu.

Sementara itu, SCDF mengesahkan kebakaran kecil berlaku di Terminal 2 lapangan terbang itu dan ia dapat dipadamkan SCDF,” menurut lapangan terbang itu melalui maklumatnya yang dikemas kini dalam Facebook.

Menurut lapangan terbang itu, dua orang dibawa ke hospital kerana terhidup asap. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid Nafi Penahanan 3 Warga Turki Arahan Kerajaan Turki

Next Post

Pemeriksaan Imigresen Kembali Normal

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Pemeriksaan Imigresen Kembali Normal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd