• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENAMA popular yang menjadi buah mulut ramai, Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan satu lagi produk keluarannya.

Larangan penjualan krim Qu Gebu AP krim itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, semalam.

Selain daripada jenama milik jutawan terkenal, Datuk Seri Vida itu, enam jenama tempatan lain turut dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk tersebut ialah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Menurut Noor Hisham, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hidroquinon dan tretinoin.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidroquinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan.

“Ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Malah ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” tulis kenyataan itu.

Justeru, orang awam diminta berhenti segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Manakala, individu yang dikesan masih lagi menjual produk yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Terdahulu, KKM pernah mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri, atau raksa, yang tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr VidaQu Puteh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DSV Tayang Video ‘Shopping’ Pakaian Dalam Cik B

10/01/2018
0

INSTAGRAM pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sememangnya penuh dengan perkongsian aktiviti shopping yang mana bukan sahaja untuk diri sendiri malah...

Dr. Vida Nyaris Ditipu RM30,000 Konon Kes Dadah

21/11/2017
0

IPOH - Usahawan selebriti, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman buat laporan di Balai Polis Jelapang selepas cuba ditipu RM30,000 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd