Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

PN Tak Bertanding Di...

Majlis Tertinggi PN memutuskan gabungan itu tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada...

7 Penduduk Palestin Ditembak...

BANDAR GAZA. Wilayah Palestin – Tujuh penduduk Palestin, termasuk dua remaja lelaki berusia...

Hyetis Alpha – Jam...

PERKEMBANGAN arena jam tangan pintar yang semakin meningkat membuatkan beberapa pengeluar jam tangan...

PAS Umum Calon PRK...

KUALA LUMPUR - PAS akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan...

KRT Pemangkin Keharmonian Penduduk

KUALA PERLIS – Perlis kini mempunyai 123 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) apabila yang terbaharu di Taman Wai di sini dilancarkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Baharin Idris, KRT Kampung Wai merupakan yang ke-10 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis.

“KRT berjaya sebagai platform untuk meningkatkan keselamatan dan mengharmonikan perpaduan antara kaum dalam komuniti dan adalah wajar ia diperkasakan,” katanya kepada Bernama selepas perasmian KRT Taman Wai oleh anggota Exco kerajaan negeri, Hajah Rela Ahmad.

Baharin berkata KRT turut memainkan peranan sebagai pemudahcara dan orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan masyarakat setempat.

“Hubungan yang terjalin melalui KRT telah dapat meredakan keadaan dan kita juga banyak membantu pihak berkuasa membanteras kejadian jenayah,” tambahnya.


Katanya KRT ditubuhkan pada 1975 hasil idea Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein rentetan peristiwa 13 Mei 1969 untuk mengurangkan ketegangan antara kaum di samping meningkatkan keselamatan dalam sesuatu kawasan.

Sempena pelancaran KRT tersebut pelbagai acara diadakan bagi memeriahkannya seperti pertandingan sukaneka, aktiviti menanam pokok dan jamuan makan. – BERNAMA

Kategori