• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRT Pemangkin Keharmonian Penduduk

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Perlis kini mempunyai 123 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) apabila yang terbaharu di Taman Wai di sini dilancarkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Baharin Idris, KRT Kampung Wai merupakan yang ke-10 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis.

“KRT berjaya sebagai platform untuk meningkatkan keselamatan dan mengharmonikan perpaduan antara kaum dalam komuniti dan adalah wajar ia diperkasakan,” katanya kepada Bernama selepas perasmian KRT Taman Wai oleh anggota Exco kerajaan negeri, Hajah Rela Ahmad.

Baharin berkata KRT turut memainkan peranan sebagai pemudahcara dan orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan masyarakat setempat.

“Hubungan yang terjalin melalui KRT telah dapat meredakan keadaan dan kita juga banyak membantu pihak berkuasa membanteras kejadian jenayah,” tambahnya.

Katanya KRT ditubuhkan pada 1975 hasil idea Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein rentetan peristiwa 13 Mei 1969 untuk mengurangkan ketegangan antara kaum di samping meningkatkan keselamatan dalam sesuatu kawasan.

Sempena pelancaran KRT tersebut pelbagai acara diadakan bagi memeriahkannya seperti pertandingan sukaneka, aktiviti menanam pokok dan jamuan makan. – BERNAMA

Tags: JPNINKRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengarah JPNIN, Anak Mengaku Tak Bersalah

21/01/2020
0

BUTTERWORTH - Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pulau Pinang hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

KRT & SRS Ejen Kepada Perpaduan Negara

04/12/2018
0

TANAH MERAH - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan mahu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd