• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letak Tanda Harga, KPDNKK Beri Peringatan Terakhir

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi peringatan terakhir kepada peniaga supaya meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan di bawah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017.

KPDNKK berkata ini kerana, pemantauan penguat kuasa KPDNKK di seluruh negara mendapati terdapat peniaga yang tidak meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan kawalan dan menjual mengikut harga biasa.

“Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mendapat maklumat atau tidak sedar tentang pelaksanaan SKHBR 2017 ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

KPDNKK berkata penguat kuasa akan mengeluarkan notis amaran atau mengenakan kompaun ke atas peniaga yang melanggar pelaksanaan SKHBR 2017.

Pada 19 Mei lepas, Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam SKHBR 2017 selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

Hamzah berkata skim itu pertama kali dilaksanakan berikutan cadangan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd