• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Lancar ‘Peluru Berpandu’

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara dilapor menjalankan ujian peluru berpandu terbaharu pada Sabtu walaupun menerima tekanan antarabangsa agar tidak mengadakan sebarang ujian senjata bagi meredakan ketegangan yang semakin meningkat di rantau Asia.

Agensi berita Korea Selatan yang memetik kenyataan tentera, Pyongyang melancarkan objek yang dipercayai peluru berpandu balistik dari kawasan barat negara itu yang dikenali sebagai Kusong.

Lokasi tersebut merupakan tempat yang sama ketika Korea Utara mengadakan ujian peluru berpandu jarak sederhana tidak lama dahulu.

Ujian peluru berpandu balisitik itu dilaksanakan buat kali pertama dalam tempoh dua minggu selepas percubaan kali terakhir melancarkan misil mengalami kegagalan.

Susulan perkembangan terbaharu itu, pakar senjata percaya bahawa Korea Utara berjaya menyelesaikan beberapa isu teknikal yang menyebabkan peluru berpandu gagal dilancarkan.

Sementara itu, ujian terbaharu tersebut mengundang bantahan keras daripada Jepun apabila Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga menyifatkan tindakan Pyongyang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bantahan yang sama turut disuarakan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Sejak awal tahun ini, Korea Utara menjalani beberapa siri ujian peluru berpandu yang mengundang kebimbangan antarabangasa terhadap cita-cita negara itu mahu memiliki senjata nuklear.

Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat antara negara yang memberi amaran keras kepada Pyongyang bahawa tindakan ketenteraan akan diambil sekirannya republik tersebut masih berdegil mengingkari peraturan antarabangsa.

Kemuncaknya, Washington mengerahkan armada tentera laut ke perairan Semenanjung Korea sebagai langkah berjaga-jaga terhadap tindakan luar jangka oleh Korea Utara. – mStar Online

Tags: Korea UtaraPeluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd