• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Fasha, Nora Sebab Salah Info – Zed Zaidi

oleh AK-47
14/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi percaya persengketaan yang berlaku antara pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish adalah disebabkan salah infomasi daripada pihak penganjur itu sendiri.

Menurutnya, ini berdasarkan kepada pengalaman dirinya sendiri pernah bekerja dengan kedua-dua bintang tersebut dan mereka sememangnya antara selebriti yang bersikap profesional.

Oleh itu, Zed berharap pihak penganjur dan syarikat yang bertanggungjawab mengambil serius perkara ini supaya isu tidak berpanjangan sekali gus tampil menceritakan hal sebenar.

“Konflik antara mereka berlaku sebab persepsi dan salah infomasi. Orang ini cakap macam ini, orang itu pula cakap macam itu.

“Saya kenal dua-dua selebriti ini. Mereka orangnya beretika dan perkara ini takkan jadi kalau pihak penganjur tidak masuk campur.

“Kalau pihak penganjur profesional, insiden persengketaan ini tidak akan terjadi.

“Dalam hal ini, kita kena ambil kira cerita semua pihak sama ada daripada Fasha, Jakel, pihak penganjur dan Nora.

“Pihak penganjur pun kena terangkan hal sebenar kepada semua peminat sehingga menyebabkan Fasha mendakwa sedemikian di Instagramnya,” katanya kepada Mynewshub.

Dalam pada itu, Zed memberitahu dia bakal bertemu dengan pihak penganjur acara Fenomena Aidilfitri 2017, Glass Go Media bagi membincangkan isu ini, Isnin depan.

Terdahulu, Fasha mendakwa telah dihalau dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen berikutan ada seorang artis kononnya akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya dia hadir ke majlis berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur menafikan terdapat kejadian tarik diri mahupun halau-menghalau dalam acara tersebut.

BACA: VIDEO: Bukti Sajat Terima Panggilan Suruh Halau Fasha

Namun, satu video live yang dirakam jurumekap Nur Sajat yang dikenali sebagai Giebam ketika jelitawan itu menerima panggilan daripada pihak penganjur bagai mengesahkan dakwaan Fasha. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fasha SandhaNora DanishZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis Ekonomi: Berat Rakyat Venezuela Turun 10 Kilo

Next Post

KDN Tingkat Saringan Pemegang Kad UNHCR

Related Posts

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

02/03/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani...

Zed Zaidi Antara 4 Didakwa Sebar Berita Palsu COVID-19

21/02/2020
0

SEPANG - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari...

Next Post

KDN Tingkat Saringan Pemegang Kad UNHCR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd