• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Terhadap Kanser Masih Tak Optimum

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesedaran orang ramai terhadap kanser dan kepentingan menjalani ujian saringan dan pengesanan awal kanser masih tidak optimum, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ini dapat dilihat apabila kira-kira 65 peratus kes kanser di Malaysia dikesan ketika tahap teruk iaitu tahap tiga dan empat.

“Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini ialah tahap kesedaran mengenai kepentingan menjalani ujian saringan dan pengesanan awal masih rendah.

“Iini berlaku kerana kebanyakan pesakit tidak tahu atau tidak mengendahkan tanda-tanda dan gejala awal kanser yang mungkin wujud,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Kesedaran Kanser Dalam Kalangan Penjawat Awam di sini hari ini.

Hilmi berkata 50 peratus daripada kematian akibat kanser boleh dicegah kerana ia dikaitkan dengan lima tingkah laku dan amalan berisiko iaitu berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, merokok serta pengambilan alkohol.

Katanya pada 2015, kanser merupakan penyebab kematian keempat paling tinggi dan menyumbang 13.56 peratus daripada semua kematian yang berlaku di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

“Bagi mengesan kanser lebih awal, orang ramai perlu mengamalkan gaya hidup sihat, jalani ujian saringan dan sentiasa dapatkan nasihat doktor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd