Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benar Perokok Cabar...

TUJUH individu bertindak mewakili diri sendiri dan perokok yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan...

Enggan Komen Isu Berhibur...

MELONJAK naik menerusi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza mula mendapat...

Prasarana Intai Pasaran Abu...

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd sedang meneroka...

Pekedai Runcit Ditahan Jual...

BERA - Seorang pekedai runcit ditahan kerana menjual rokok dan minuman keras seludup...

Kesedaran Derma Darah Masih Kurang – Dr. Hilmi

BALIK PULAU – Tahap kesedaran menderma darah masih rendah dengan hanya 2.2 peratus atau 660,000 orang daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia sahaja yang menderma darah setakat tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebanyak 2,000 pain darah sehari diperlukan bagi merawat 1,000 pesakit dan sasaran itu dijangka berkurangan jika orang ramai tidak mempunyai kesedaran untuk menderma darah.

“Berbanding dengan negara-negara maju yang lain, negara kita masih rendah. Di negara maju kebiasaannya 3.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang menderma darah. Negara kita cuma 2.2 peratus untuk pendermaan darah.

Kita nak menggalakkan ramai lagi orang yang menderma darah kerana ini baik untuk mereka. Kalau mereka tak derma darah pun sel darah tu akan mati dalam masa 120 hari. Jadi, lebih baik kita menderma,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program derma darah di Kolej Vokasional Balik Pulau, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan melipat gandakan kempen dan aktiviti dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan serta kepentingan menderma darah.

Justeru, beliau meminta lebih ramai individu tampil menderma darah dalam masa terdekat kerana bekalan darah kebiasaannya akan berkurangan terutamanya pada bulan Ramadan.


Sementara itu, Dr Hilmi berkata pihaknya akan melakukan jelajah ke setiap negeri untuk sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendapatkan pandangan dan cadangan golongan belia membabitkan isu kesihatan.

Beliau berkata sebagai permulaan, sesi dialog TN50 akan berlangsung di Politeknik Balik Pulau, di sini pada 20 Mei ini bermula pukul 9 pagi.

“Kita mahu mendengar pendapat anak-anak muda tentang masa depan negara. Ini adalah peluang untuk mereka bercakap. Kita menggunakan pendekatan dari bawah ke atas (masyarakat ke kerajaan). Saya sendiri akan turun padang melaksanakan program ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori