• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pelajar Mati: Tiada Kesan Dipaksa Minum Racun

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELIK… Hasil bedah siasat pelajar tingkatan tiga yang maut kerana dipercayai dibuli dan dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar menunjukkan tiada bukti dia diperlakukan sedemikian.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin hasil bedah siasat yang dilakukan pihak forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) namun mengesahkan mangsa, S Pavin, 15, maut akibat racun jenis racun rumpai.

“Namun, tiada kesan kecederaan pada tangan, kaki dan badan yang menunjukkan remaja itu dipaksa orang lain untuk minum racun. Tiada juga kesan luka dalaman pada bahagian mulut dan tekaknya.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa kesan luka lama akibat hirisan pada lengan kiri,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro pada sidang media di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan.

Baca: Pelajar Dibuli, Diseksa Minum Racun Meninggal Dunia

Susulan itu, pihak polis masih lagi meneruskan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan insiden buli tersebut agar memaklumkan kepada pihaknya.

Sementara itu, Zaldino menafikan dakwaan bahawa pihak polis menyembunyikan maklumat berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan muntah dan mengadu sakit perut kepada bapanya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai lalu dirujuk ke HTJ.

Dalam kejadian 26 April lalu, mangsa mendakwa dibuli dan diseksa minum racun oleh sekumpulan pelajar gara-gara menegur mereka sedang menghidu gam di Pekan Nilai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: buliRacun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd