Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Hentam Pemimpin...

PETALING JAYA - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin...

‘Puteri’ Sultan Pahang Dijel...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang mendakwa dirinya puteri Sultan Pahang dipenjara tiga...

SPRM Digesa Siasat Guan...

GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat...

Banjir Di Tenom Surut,...

BEAUFORT - Tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di Sungai...

Kes Jong-nam Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

MAHKAMAH Majistret hari ini memerintahkan kes dua tertuduh pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan.

Lapor portal berita tempatan, keputusan itu dibuat Hakim Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret, bagaimanapun, tidak menetapkan sebarang tarikh.

Permohonan untuk memindahkan kes dibuat mengikut peruntukan Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.

Hanya Mahkamah Tinggi boleh membicarakan kes yang membawa hukuman mati.

Terdahulu kedua-dua tertuduh, Doan Thi Huong (Vietnam) dan Siti Aisyah (Indonesia) tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pagi tadi untuk sebutan semula kes.

Mereka tiba kira-kira jam 9.03 pagi, diiringi dengan konvoi pacuan empat roda Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap dengan topeng muka, berpakaian gelap dan diiringi polis trafik.


Thi Huong dan Siti Aisyah yang dikawal ketat oleh pihak polis dilihat memakai baju kalis peluru.

Kedua-dua wanita itu disyaki menyerang Jong-nam yang ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau di aras pelepasan Klia2, pada 13 Februari lalu.

Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, selepas mukanya diserkup dengan kain yang dibasahi cecair beracun dikenali sebagai agen saraf VX. – MYNEWSHUB.CC

Kategori