• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Di Selangor Tunjuk Penurunan

oleh Ahmad Albab
16/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh awal tahun ini dari 1 Jan hingga 13 Mei, apabila mencatatkan 18,534 kes berbanding 25,104 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata sepanjang tempoh itu kes-kes kematian akibat demam denggi turut berkurangan dengan 29 kes berbanding 41 kes pada 2016.

“Penurunan kes denggi ini dilihat susulan pelbagai usaha kerajaan Selangor untuk menangani wabak ini termasuk menubuhkan jawatankuasa tindakan kawal denggi, operasi terjah dan musnah denggi.

“Turut diadakan penguatkuasaan dan perundangan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Selangor di sini, hari ini.

Menurut Dr Daroyah, dalam tempoh yang sama (1 Jan hingga 13 Mei tahun ini), daerah Petaling mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 5,958 kes diikuti Hulu Langat (4,927), Klang (3,395) dan Gombak iaitu 2,057 kes.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.66 juta pada tahun ini bagi melaksanakan program Pest Control Operator (PCO) bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di beberapa lokasi yang dikenal pasti termasuk di daerah Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Peruntukan ini akan kita agihkan kepada kesemua 12 PBT (pihak berkuasa tempatan) di Selangor mengikut jumlah yang diperlukan oleh setiap PBT. Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada setiap PBT untuk melaksanakan program pencegahan denggi di kawasan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd