• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Am Kerajaan Antara 5 Ditahan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan lima suspek termasuk seorang kakitangan kerajaan dan merampas lebih 34 kg ganja bernilai RM107,300 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Khamis dan Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Amarjit Singh Cher Singh berkata kerani am lelaki berumur lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan anggota polis ketika menaiki kereta jenis Myvi dalam satu serbuan di sekitar kawasan Serdang, kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat lepas.

“Kita menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan itu dan menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 1,971.3 gram dengan anggaran nilai RM6,000.

“Siasatan awal mendapati kerani ini yang bekerja secara kontrak di sebuah jabatan kerajaan mengedar dadah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Amarjit Singh berkata hasil soal siasat ke atas suspek, polis menahan seorang lagi suspek wanita berumur 20-an dan merampas 34 ketulan mampat serta empat paket plastik mengandungi ketulan mampat daun kering ganja seberat 29 kg bernilai RM90,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Seri Kembangan pada hari yang sama.

Dalam kes berasingan, Amarjit Singh berkata dua lelaki termasuk seorang penuntut kolej swasta berumur antara 20 dan 21 tahun ditahan di sekitar kawasan Beranang, Kajang Jumaat lepas dan hasil tangkapan membawa kepada penemuan lima ketulan mampat daun kering ganja seberat 3.5 kg bernilai RM11,000 di sebuah rumah teres di kawasan sama.

Sementara itu, katanya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan pada Khamis lepas di kawasan Subang Jaya dan polis merampas 10 paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering ganja seberat 95 gram bernilai RM300 daripada beg silang yang dimiliki suspek.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan dadah ganja seberat 34 kg bernilai RM107,300 boleh mengakibatkan penyalahgunaan dadah oleh 3,473 penagih.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok dan lusa serta disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd