• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Pandang Serius Masalah Sampah Haram

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius masalah sampah haram dan usaha memeranginya akan dibuat secara habis-habisan bagi memastikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebuah negeri yang sifar sampah haram, tercapai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap individu dan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan pembuangan sampah haram.

“Saya sudah meminta pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengambil tindakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Zainal Fitri Ahmad.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebelum ini, terdapat tiga kes pembuangan sampah haram iaitu di Port Dickson, Tampin dan Jelebu yang telah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman denda kerana melanggar peruntukan Akta Seksyen 71(1) Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Katanya Seksyen 71(8) memperuntukkan mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Esok, dua lagi kes yang melanggar peruntukan Akta Seksyen 71(1) Akta 672 akan didakwa di mahkamah. Kes pada 2014 ini dilakukan di Taman Rasah Jaya dan Taman Lavender Height di sini. Dua kes lagi di Seremban dan Kuala Pilah masih dalam siasatan.

“Saya harap dengan tindakan yang dikenakan terhadap tiga pesalah sebelum ini dan dua yang akan didakwa esok dapat memberi pengajaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab daripada meneruskan aktiviti pembuangan sampah di tempat-tempat yang tidak benarkan,” katanya.

Jalaluddin berkata terdapat lapan tempat pelupusan sampah di seluruh negeri ini di bawah penguatkuasaan SWCorp, Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai iaitu kawasan yang dibenarkan membuang sampah.

Sementara itu, beliau berkata kawasan perumahan atau penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini didapati banyak melupuskan sampah di kawasan yang tidak dibenarkan dan masalah ini perlu diatasi sebelum ia menjadi lebih serius.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri, SWCorp dan pihak pengurusan Felda akan mengadakan perbincangan bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau juga meminta orang ramai agar menyalurkan aduan mengenai pembuangan sampah haram di kawasan mereka dengan menghubungi talian ‘hotline’ SWCorp 1-800-88-7472. – BERNAMA

Tags: Datuk Jalaluddin AliasSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Turki Bina Perkampungan Khas Anak Yatim Syria

Next Post

Prasekolah Di Seluruh Negara Akan Ditambah Baik

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

Prasekolah Di Seluruh Negara Akan Ditambah Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd