Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Ada Rumah, Kafe Di...

SUDAH membeli rumah dan mempunyai perniagaan restoran di Sabah, penyanyi dan hos terkenal...

Kerosakan Jalan Dibaiki Sebelum...

KUCHING - Kerja-kerja membaiki kerosakan kritikal di beberapa tempat sepanjang projek pembinaan Lebuh...

Trump Desak NATO Bayar...

BRUSSELS - Presiden Donald Trump meminta negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)...

Banduan Kalahkan Pasukan Debat...

BOSTON - Beberapa bulan setelah mengungguli gelaran kebangsaan, pasukan debat Universiti Harvard telah...

“Kelakar,Penyayang” – Elizabeth Minat Lelaki Melayu

BERITA baik buat lelaki berbangsa Melayu di luar sana– penyanyi bersuara seksi Elizabeth Tan akui bahawa dirinya sangat tertarik dengan keperibadian lelaki Melayu!

Meskipun baru sahaja putus cinta dengan seorang lelaki daripada etnik tersebut kira-kira dua minggu lalu, namun itu tidak menjadikan penyanyi berbangsa Cina itu untuk serik bercinta dengan lelaki Melayu.

Jadi ada dua berita baik sebenarnya— penyanyi Knock,Knock ini sukakan lelaki Melayu dan dia sedang solo!

Menurut Elizabeth atau Lizzy, dia mempunyai alasan sendiri mengapa dia amat senang mendampingi lelaki Melayu.

“Apa yang saya suka daripada orang Melayu ini, kalau mereka sayang seseorang itu, mereka akan meletakkan orang yang disayangi itu sebagai keutamaan. Lagi satu, kenapa saya lebih suka lelaki Melayu kerana mereka kelakar,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, mengenai hubungan cintanya yang tidak kesampaian dengan bekas teman lelaki, Lizzy mengakui bahawa dirinya berasa amat terkesan walaupun hanya sempat menjalin hubungan selama empat bulan sahaja.


“Kami putus sebab banyak isu yang berlaku sepanjang bersama. Pada masa sama, sepanjang empat bulan bercinta saya belajar banyak benda. Saya memang suka lelaki Melayu sejak di bangku sekolah lagi.

“Tetapi dia (lelaki yang baru putus cinta dengannya dua minggu lalu), satu-satunya lelaki yang saya sudah bawa jumpa keluarga. Saya sangat menyayanginya dan hubungan kami memang serius ketika itu. Sayangnya tidak berpanjangan,” jelasnya lagi.

Tidak mengapalah Lizzy, kami yakin pasti ada ramai lagi lelaki Melayu yang tall, dark and handsome di luar sana yang sedia mengetuk pintu hati Lizzy!-MYNEWSHUB.CC

Kategori