• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Pengurup Wang Rugi RM2 Juta Disamun 3 Lelaki

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah kedai pengurup wang di Jalan Mustafa Al Bakri kerugian kira-kira RM2 juta selepas pelbagai mata wang asing termasuk Ringgit Malaysia dibawa lari tiga lelaki, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 6.45 petang itu berlaku sebaik sebelum premis ditutup, tiga suspek memakai topi keledar dan bertutup muka serta bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang tangan pengawal keselamatan sebelum merampas senapang patah.

“Suspek kemudiannya mengarahkan pekerja membuka peti besi serta mengambil wang di dalamnya. Kesemua lelaki itu kemudian melarikan diri bersama senapang patah itu dengan menaiki sebuah Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sum berkata polis menjumpai dua pistol tiruan yang digunakan suspek berhampiran kedai itu.

Pihak polis sedang menyiasat kes dan meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup untuk menjejaki ketiga-tiga suspek itu. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd