• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Terowong Termahal Singapura ‘Hujan Lebat’

oleh
18/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Lebuh raya paling mahal di Singapura kecoh tengah hari Khamis apabila terowong bawah tanahnya tiba-tiba dibasahi ‘hujan lebat’ akibat kebakaran yang sebenarnya tidak wujud!

Insiden yang dianggap sebagai agak memalukan pihak berkuasa republik itu dikesan berlaku sekitar pukul 12.57 tengah hari di laluan dasar laut Lebuh Raya Pantai Marina (MCE), menurut laporan media tempatan di sini.

Ia berlaku ekoran sistem pencegahan kebakaran di laluan bawah tanah MCE itu diaktifkan secara tidak sengaja hingga menyebabkan aliran pergerakan trafik menjadi perlahan dan ada juga pemandu menghentikan kenderaan.

Menurut seorang jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kejadian tidak diduga melibatkan sistem automatik pemercik air di bahagian terowong MCE yang menghala ke timur, sebelum jalan susur keluar Fort Road.

Selepas pemantauan rapi mengesahkan tiada kebakaran di kawasan tersebut, sistem pemadaman api itu dimatikan dengan serta merta dan pergerakan trafik kemudian kembali seperti biasa selepas 10 minit terjejas begitu teruk.

Pihak LTA dalam satu kenyataan media turut meminta maaf kepada orang ramai atas insiden pelik berkenaan dan dijangka menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kejadian tersebut agar tidak berulang pada masa depan.

MCE sejauh lima kilometer menghubungkan lebuh raya utama iaitu Kallang Paya Lebar Expressway (KPE) di selatan dengan East Coast Parkway (ECP) dan Ayer Rajah Expressway (AYE) di bahagian timur pulau tersebut.

Dibuka secara rasmi pada 29 Disember 2013, MCE juga pernah mencipta kritikan apabila dianggap lebuh raya termahal di republik itu dengan kos S$4.1 bilion (RM11.1 bilion) daripada asal hanya S$2.5 bilion (RM6.8 bilion).

Ini merupakan kes kedua selepas kejadian sama pada 16 April 2015 lalu apabila siling terowong MCE sejauh 3.5 kilometer di bawah laut tiba-tiba mencurahkan air walhal cuaca di Singapura ketika itu mengalami panas terik.

Ini mengakibatkan ramai pemandu bergegas memecut kenderaan mereka apabila menyangka terowong itu ‘bocor’ dimasuki air masin kerana laluan tersebut berada 20 meter sahaja dari permukaan lantai dasar laut Selat Singapura.

Insiden kelakar itu, yang juga berlaku waktu tengah hari rupa-rupanya disebabkan oleh kontraktor bekerja di tapak tersebut, secara tidak sengaja membuka sistem penyembur air bomba sebahagian terowong menghala ke barat.

Akhir 2013, MCE turut menjadi berita ‘panas’ apabila berlaku kesesakan teruk sebaik dibuka ekoran ramai pemandu keliru dengan sistem papan tunjuk arah LTA untuk menuju ke KPE, AYE dan ECP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd